KISAH 3 PONTIANAK KISAH 3 PONTIANAK
Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok
sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik
semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat
kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari
Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok
tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...
MORAL OF THE STORY: Jangan suka merayau malam..!!
emirul_skywalker- 04-25-2008
aduh... lawak pecah perut aku.... hahahahahaha
rina- 04-25-2008
seram seram nye :?
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.