kisah benar tak pasti lak aku sama ada article ni sesuai kat tajuk ni...
tapi ceritanya berbunyi begini............
cerita ini adalah kisah benar seperti yang diceritakan
oleh mangsa kejadian ini kepada
penulis..................Kisah ini berlaku di
sebuah perkampungan kecil diPahang pada tahun
1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada
penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama
Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang
bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi
menjaga nama baik keluarga tersebut).
Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau
merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit
yang pelik , beliau akan berjaya.
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui
rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah
ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam
bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah
lubang dinding yang agak usang . Beliau melihat Omar
bercakap mengadap sekeping cermin . Oleh kerana lubang
tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan
cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang
agak besar.
Akhir nya dia ketemu, dia mengintai dan melihat
bayangan pada cermin tersebut bukan lah Omar tetapi
sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Mata nya kelihatan tersebul dan pipinya kelihatan
berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih
yang berwarna coklat seperti warna tanah
Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti
memandang
kearahnya. Bulu romanya meremang . Tanpa membuang
masa Salleh terus melarikan diri .
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan
menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar
tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui
perihal Omar . Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan
apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan
mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan
lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya Bapanya berkata dia hanya menunggu masa
untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak
sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin
kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi
membuatkan dia rasa bergitu kata hatinya.
Selepas makan Salleh terus masuk tidur . Apabila dia
cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti
bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka mata
nya tetapi berasa amat berat sekali . Salleh pun cuba
bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang
diingatinya .
Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil bapanya .
Kemudian beliau pengsan. Apabila dia membuka matanya
dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar
orang menyebut nama Omar Dia melihat bapanya
menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar
segalanya telah berakhir . Dia kembali terlelap.
Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya
berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang
ingin ke masjid . Dia menanya bapanya apa yang berlaku.Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar.
Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan
persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah
kebilik mandi .Setelah segalanya selesai dia pun
mengikuti bapanya. Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur.
Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang
bertempik
.... apa ni !!!
Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh
bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur
tersebut. Dia melihat orang - orang dewasa seperti
mengangkat sesuatu . Melihat dari memek muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar.
jadi sesiapa yang ingin
beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di
talian bebas tol : 603-5111055-238
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah
Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan
dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI
UBIIIII.....
p/s:hehehe kekeke.. sapa kena... jangan
marah... hamba pun kena jugak.. sape marah cepat
tua.........
:lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:
kekacang gombak- 12-22-2006
xpaham...cite pe nie
GengPalembang- 12-25-2006
taktik baru berniaga,beb..!
kerepek...kerepek...
assie^bugsie- 01-04-2007
promoter ni dah dapat berapa ribu hah jual kepek??? aduss...penat aku baca tau.
nanahita- 02-19-2007
ish!ish!ish!
nanahita- 02-19-2007
aku tgh syok bc criter hantu tak sangka penghujungnya nak jual kerepek,
kekacang gombak- 02-21-2007
pe kata kalu kita tabuh je si umar tue
tamansyurga_83- 03-01-2007
eleh....ko ingat ko wat citer camtu, best?????tak best langsung...huhuhu....tak cukup lagi nak menakutkan aku....
assie^bugsie- 03-19-2007
bile tu kacang nak menabuh...nak join!!!! set the date n the place...
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.