Koleksi Cerita Insaf (Hak Cipta Warong Pak Seman) Seorang ulamak sedang berada di dalam
sebuah
kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila
tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk
berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam
kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa
membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Semasa beliau mengangkat salah satu dari
kakinya ke tangki (washing basin), seorang
pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu
dan menegurnya.
Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan
tidak boleh memasukkan kaki kedalam tangki tu,
sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah
diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari
dalam satu hari?
Pramugari: (dengan sifat angkuh...)
Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya
mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti
kaki saya lebih bersih dari muka saudari
aben_smg- 09-28-2006
tazkirah sket "10 AMALAN YANG TERBALIK"
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali
tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan
dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan
atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit
nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi
kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah.
Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil
untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik
kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu
perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan
dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa
yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa
adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan
di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat
kenduri
pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat
kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa
. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi
kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak
mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau
guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir
tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar
pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika
anak
tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,
tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,
bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup
kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah
mengikut
selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan
hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)
aben_smg- 09-28-2006
tazkirah lagi Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
aben_smg- 09-28-2006
15 perkara dibuat, maka bala pasti akan turun DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:
“Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
“Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”
huhu...dh byk sgt petanda2 kt atas ni yg dh blaku kt msia ni kot... Bykkn la mohon kempunan dr Tuhan sblm pintu Taubat ttutup...iaitu bila matahari muncul & ufuk dr barat ke timur..nauzubillah
GengPalembang- 10-01-2006
byk koleksi...bile leh wat buku ne?
kekacang gombak- 10-02-2006
aben mmg pawa...tu lah akibatnye kalu kita just beriman dgn stengah je daripada quran dan tinggai lagie stengah...
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.