Komunikasi lisan berkesan....teraa tngook Kita mungkin pernah diminta supaya memberikan ucapan di khalayak ramai. Apa jawapan yang kita berikan? Malu.. Tak dapat bercakap di khalayak ramai.. Tiada apa yang nak diperkatakan.. Tiada bakat.. dan macam-macam lagi alasan terlintas di fikiran. Sebenarnya, pengucapan awam bukanlah bargantung kepada bakat individu, tetapi lebih bergantung kepada latihan dengan menjaga beberapa aspek asas iaitu:
1. Eye Contact
Sewaktu bercakap kita hendaklah memandang ke anak mata pendengar.
Tujuan: Melihat reaksi pendengar dan menunjukkan bahawa kita menghargai mereka.
2. Suara Lantang
Suara hendaklah di dengar dengan jelas, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
3. Sebutan Jelas
Kita hendaklah menyebut setiap perkataan dengan jelas. Contoh: Memakai bauan dan makan bawang boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak disebut dengan jelas.
4. Tidak Gopoh
Kadar terbaik ialah 135 - 160 patah perkataan seminit. Bagi seorang Muslim, bolehlah membuat latihan dengan membaca 2 muka surat al-Quran dalam masa 5 minit.
5. Tiada Kata Iringan
Dalam satu majlis, seorang lelaki memberikan ucapan. Kawan di sebelah mencuit saya dan berbisik: "Dah 25 kali apa dia? dilafazkan dalam masa 15 minit". Rupanya bukan saya seorang yang menyedari perkara tersebut.
Terdapat berbagai-bagai kata iringan yang sebenarnya tidak diperlukan, tapi dilafazkan tanpa disedari. Seorang guru contohnya, terlalu kerap melafazkan ok sewaktu mengajar di dalam kelas dan memberikan ucapan di perhimpunan.
Sekiranya kita dapat menjaga kelima-lima aspek asas di atas, kita dianggap telah berjaya mengamalkan Komunikasi Lisan Berkesan. Ia bukan hanya terbatas kepada pengucapan di khalayak ramai, bahkan ia patut dipraktikkan sewaktu melayan tetamu, temuduga, memberikan pandangan dalam mesyuarat, mengendalikan LDK dan lain-lain.