View Full Version: Peluang sentiasa ada selama mana kita endahkannya

fantastic023 >>Tazkirah skit... >>Peluang sentiasa ada selama mana kita endahkannya


<< Prev | Next >>

emirul_skywalker- 11-21-2006
Peluang sentiasa ada selama mana kita endahkannya
Peluang sentiasa ada selama mana kita endahkannya 02 November, 2006 Kita telah pun mendengar khabar gembira apabila dua orang banduan yang dipenjara seumur hidup telah diampunkan oleh Sultan Kedah. Pengampunan ini telah memberi peluang kedua kepada mereka berdua. Apa yang menraik ialah bagaimana institusi kepenjaraan telah membentuk mereka terutama bekas banduan ini menjadi insan mulia. Terfikir kita bahawa sebenarnya manusia ini Allah jadikan dengan fitrah yang baik dan meskipun telah membuat silap jika diberi peluang pasti akan kembali baik. Direnungkan kembali bahawa setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Cuma yang berbeza ialah darjah kesilapan yang dilakukan. Orang yang menerima hukuman penjara telah melakukan kesilapan setimpal dengan hukuman tersebut dan jika mereka insaf mereka mungkin lebih mulia akhlaknya dari kita. Mereka melakukan kesilapan tetapi menerimanya dan bertaubat; tetapi kita mungkin angkuh dengan diri sendiri sehingga kesilapan kecil pun kita tidak mengaku. Contohnya, berapa ramaikah yang melunaskan denda dan saman trafik setelah disaman? Malah ada yang tidak menerima kesilapan. Itulah perbezaan kita dengan dua orang banduan tadi. Mereka telah „membayar“ harga kesilapan mereka dengan kehidupan mereka. Bagaimanakah kita? Jika kita lihat didalam sejarah Islam, Islam memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memperbaiki diri sendiri. Sahabat Nabi Abu Zhar Al Ghifari sebelum lembut hatinya memeluk Islam adalah seorang samseng jalanan yang merompak. Rabiatul Adawiyah juga asalnya perempuan penghibur yang mana ada lelaki hartawan yang sanggup berbunuhan untuk bersamanya. Tetapi akhirnya Rabiatul Adawiyah menjadi lagenda kerana begitu hebat ibadahnya. Jika sebelum itu orang mengaguminya kerana kecantikannya; kini orang mengaguminya kerana akhlaknya. Penulis amat bersetuju dengan saranan pihak penjara iaitu untuk mengambil bekas banduan ini supaya menjadi penceramah motivasi kepada orang awam terutamanya di sekolah-sekolah. Langkah ini amat baik untuk dilaksanakan supaya generasi muda kita akan faham dan mereka akan membina diri yang mulia. Sekurang-kurangnya kita sedaya upaya mengekang masalah mat rempit. Penulis juga ingin menyarankan agar program itu diluaskan untk kumpulan orang awam lain contohnya di masjid, jabatan jabatan kerajaan, sektor swasta dan sebagainya. Ini kerana ia akan memberi satu perspektif baru kepada institusi kepenjaraan. Ia akan memasyarakatkan institusi kepenjaraan dan akhirnya menajdi pemangkin supaya rakyat Malaysia malu-alah untuk membuat kesilapan. Penulis juga dimaklumkan bahawa pegawai penjara sekarang ini lebih dipanggil sebagai „cikgu“. Ini jauh berbeza dari imej yang kita selalu disogokkan selama ini. Cumanya kita kena tanya diri sendiri terutamanya Mat Rempit adakah kamu memberi peluang secukupnya kepada diri kamu? Khairol Anuar Masuan copyright dr penawarhati.com

arjunadesu- 12-14-2006

da best chance can never come twice...but every chance is da best cos its gifted fr ALLAH...

khalut- 12-16-2006

peluANG yAng Ada Jgn Di Sia2KAN

kekacang gombak- 12-16-2006

sekali ia dtg jgn siakan..lakukan yg terbaik..even not perfect we will satisfy about it

Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.