PROGRAM PENGAMBILAN TENAGA AKADEMIK SECARA BERPUSAT DENGAN PROGRAM PENGAMBILAN TENAGA AKADEMIK SECARA BERPUSAT DENGAN BIASISWA KPT
HEBAHAN
Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan PROGRAM PENGAMBILAN TENAGA AKADEMIK SECARA BERPUSAT DENGAN BIASISWA KPT seperti berikut :
Tarikh : 26 – 28 Mei 2007
Masa : 9 pagi hingga 4 petang
Tempat : KL Sentral
KPT juga akan mengadakan pameran IPTA pada tarikh dan tempat yang sama.
Bagi tujuan program penawaran biasiswa SLAB/SLAI, pemohon-pemohon boleh mengemukakan permohonan terus ke IPTA bagi tujuan tersebut.
Pemohon-pemohon juga dikehendaki untuk membawa dokumen-dokumen berikut pada hari tersebut :
i) Kad pengenalan asal dan dua salinan;
ii) Sijil asas peringkat SPM, Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dan dua salinan setiap satu;
iii) Biodata Peribadi (Curriculum Vitae) dua salinan; dan
iv) Dua gambar berukuran pasport.
KRITERIA
Lantikan Terus Ke Jawatan Pensyarah
Syarat-syarat pelantikan adalah berdasarkan kepada syarat-syarat pelantikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Tawaran Biasiswa SLAB dan SLAI
1. Warganegara Malaysia
2. Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Memiliki CGPA 3.0 ke atas atau kelas kedua ke atas.
4. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi biasiswa peringkat pengajian Sarjana.
5. Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi biasiswa peringkat pengajian Doktor Falsafah.
6. Bebas daripada tindakan mahkamah/ tindakan tatatertib.
7. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja.
8. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pendaftar
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36
16100 Pengkalan Chepa
Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09 - 7717000
Fax : 09 - 7717006
Hanagaki Chua- 05-22-2007
Tnye skit...
Benda yg nk di apply ni ape bidang2 yg ditawarkan..
kalo ade aper2 lg info tambahan..
kekacang gombak- 05-27-2007
rugi..rugi...hari nie 28mei baru aku tgk info nie....mmg xdpt p pun sbb aku dah ada kat kg!!!
huuuwaaaaa
miss_aloq_staq- 05-27-2007
Tnye skit...
Benda yg nk di apply ni ape bidang2 yg ditawarkan..
kalo ade aper2 lg info tambahan..
bnda2 yg nak di apply ni ble refer ke www.umk.edu.my, tp yg ni sumer rase2nya pameran utk sumer ipta kot.. aku pon nak g arini, hu3!
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.