View Full Version: "15 Maksiat Yang Menurunkan Bala"

fantastic023 >>Tazkirah skit... >>"15 Maksiat Yang Menurunkan Bala"


<< Prev | Next >>

arjunadesu- 09-14-2006
"15 Maksiat Yang Menurunkan Bala"
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu : 1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu 2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 3. zakat dijadikan hutang 4. suami memperturutkan kehendak isteri 5. anak derhaka terhadap ibunya; 6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya 7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya 8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid 9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka 10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya 11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat 12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) 13. para artis-artis disanjung-sanjung 14. muzik banyak dimainkan 15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat) Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi) Keterangan : Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

kekacang gombak- 10-18-2006

fantaziruu as saah.... pe lagie kemungkaran yg tak berlaku lagie...? dunia dah bergoncang sana sini... air laut dah melimpah sana sini... janganlah ditunggu bintang,bulan dan matahari baru nak kembali pada ALLAH masa yg berlalu pasti xkan berulang masa yg mendatang belum pasti utk kita... hari ini...?gunakan sebaiknya

assie^bugsie- 10-18-2006

na'uzubillah..

kekacang gombak- 10-31-2006

moga ALLAH tetap kan kita dlm iman dan taqwa... setiap insan melakukan salah dan silap... tp ubahla dirimu langkah demi langkah... bayi yg baru lahir xdpt terus belari..ttp ia bermula langkah demi langkah... biarlah pe org nak ckp...nak komplen ttg silam kita.. tapi yakinlah atas jalan menuju ALLAH yg ko ambil...

Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.