REMEMBER ALLAH MENGINGATI Allah atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia
melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan
jiwa. Dengan mengingati Allah manusia akan berasa ketenangan jiwa
kerana dia menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha
Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-Nya. Apabila dia kembali kepada-
Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh.
Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti
keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya. Dalam hal ini,
sekiranya orang yang beriman kepada Allah, mereka akan ingat bahawa
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, Allah Maha
Melihat segala-galanya, Allah mampu mengatasi semua hal di dunia ini.
Dengan demikian akan tenanglah jiwanya. Firman Allah
bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan
zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati
manusia.”
Bersyukurlah kita masih lagi boleh mengingati NYA.....jangan sia2kan agama yg kita anuti ini..... :wink:
syafix itu apek- 01-08-2007
Thanks tompok...
emirul_skywalker- 07-13-2007
di waktu senang ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah..
sape ade lirik lagu ingatlah pada Allah OST mutiara hati.. macam best je lirik dia...
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.