saham >>Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca
>>dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa
>>insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg
>>sedang sakit atau sudah meninggal.
>>
>>Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya
>>meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital
>>bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak
>>bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah
>>bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami
>>minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang,
>>baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak
>>disentuh pun.
>>
>>Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya
>>baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan
>>alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan
>>bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA
>>terima sedekah saya.
>>
>>Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak
>>berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau
>>wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya
>>yakin.
>>
>>Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan
>>bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita
>>sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
>>
>>Allahu 'alam
>>Assalamualaikum,
>>
>>UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
>>SWT.
>>
>>"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmannirrahim"
>>
>>
>>Tafsirannya:
>>Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
>>Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
>>
>>Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
>>bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
>>dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
>>kepanasan.
>> > > >
>>Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
>>Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam
>>yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
>>
>>Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
>>salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
>>salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
>>
>>Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada
>>akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat
>>memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam
>>tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam
>>yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
>>
>>Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah
>>Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan
>>membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan
>>para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul
>>mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
>>Qurthuby).
>>
>>Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah
>>antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
>>Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah
>>mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
>>Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara
>>kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
>>itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca
>>surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan
>>bahawa Saiyidina Ali betul.
>> > > >
>>Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
>>kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
>>qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
>>
>>Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
>>(Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas
>>360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
>>tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
>>12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga
>>kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
>>kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah
>>tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari
>>bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
>>baik ianya lelaki mahupun perempuan.
>>
>>Sabda Rasulullah SAW lagi:
>>"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
>>tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap
>>malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
>>Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
>>Israfil a.s.
>>
>>Nota:
>>Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
>>ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
>>'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
>>seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
>>
>>1) Sedekah/amal jariahnya
>>2) Doa anak-anaknya yang soleh
>>3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
>>
>>Wassalam.
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.