View Full Version: SALAFI,WAHABI,BID'AH

fantastic023 >>Tazkirah skit... >>SALAFI,WAHABI,BID'AH


<< Prev | Next >>

Hanagaki Chua- 10-11-2006
SALAFI,WAHABI,BID'AH
-kongsi2 skittt....- Terkenang sewaktu mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul di Madrasah Tahfiz al-Quran al-Ismailiah. Seorang ustaz yang hadir berkata: "Saya puak salafi, tak boleh mengadakan sambutan Maulidur Rasul, bidah. Em... Datang makan kat majlis Maulidur Rasul tak apa". Saya menganggap kata-katanya hanya sebagai gurauan. Tapi bila direnung, itulah realiti yang ada dalam masyarakat kita khasnya golongan yang mendakwa mereka sebagai salafi. Saya tidak menyalahkan salafi. Kita sedia maklum, itulah manhaj yang dibawa oleh para ulamak. Tapi kata-kata ustaz tadi tak boleh dipandang ringan. Seorang kenalan pernah berjumpa saya dan bertanya: "Apa pandangan ustaz tentang seorang tokoh dalam masyarakat yang menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bidah, tidak dibuat oleh Rasulullah, tapi hadir ke majlis sambutan Maulidur Rasul sebagai tokoh sempena sambutan Maulidur Rasul berkenaan, terima anugerah dan hadiah sebagai tokoh?" Kelu lidah saya dibuatnya. Apa yang penting bagi kita, janganlah terlalu mudah mengatakan sesuatu perkara sebagai bidah. Sebaiknya kita perhatikan diri kita sendiri, adakah kita mengamalkan bidah? Jika kita terlalu mencari bidah yang orang lain buat, kadang-kadang kita lupa perihal diri kita. Kita mengatakan sambutan Maulidur Rasul bidah, tapi kita hadir sebagai tokoh, manjayakan majlis tersebut. Tidakkah ini menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat? Semasa saya berada di Jordan, seorang pensyarah yang merupakan mufti di Karak menceritakan tentang bidah-bidah dalam masyarakat. Sambutan Maulidur Rasul bidah. Terikat dengan mazhab dalam fekah bidah. Wirid beramai-ramai selepas solat juga bidah. Tiba-tiba seorang pelajar Indonesia mencelah, "Kamu cakap semua tu bidah kerana tak dibuat oleh Rasulullah, macam mana pula dengan azan menggunakan radio yang di amalkan di Jordan? Kan Rasulullah tak buat? Kenapa mufti seperti kamu meluluskan perkara tersebut dilaksanakan di seluruh Jordan?". Pensyarah itu menjawab: "Azan menggunakan radio bertujuan menyelaraskan waktu azan di seluruh negara, tak menjadi masalah". Pelajar itu bertanya semula: "Saya cuma nak dengar jawapan, adakah Rasulullah pernah melakukannya? Tentu tidak. Jadi kamu juga melakukan bidah".

elle- 10-11-2006

salam hanagaki..welcome!! btol tu..Dlm contex umum, mmg skang ramai org yg ckp xserupa bikin..mungkin terasa diri amat bagus, smpai yg xbagus di ketepikn..padahal, kdg2 drg ni sama je.. moral of d story, jgn bangge dgn ape yg kite ade..jgn condemn org sgt, 1 ari nnti ia akn b'balik pd kite..

kekacang gombak- 10-12-2006

betoi gak tuh... tp pada pendapatan aku la kan..sebenaqne kalu kita back blk kpd asal usul suma benda2 nie..xde salahnye...salafi misalnye ditegakkan blk oleh ibn taimiah utk betoikan blk oorg2 muslim yg terikut dgn ajaran monggols(kalu xsilapla).. benda nie jadik critical bila org2 zaman sekarang nie...diorg xpaham konsep yg sebenaqnye..pastuh bila dah pandai sket mulala rasa diri tuh hebat, agung, alim ,warak dll... tp hakikatnye ZERO... betoi kata elle tue..kebanyakkan org skrg nie ckp x serupa bikin... whatever,, berhati2 la bila nak adopt sesuatu...jgn sampai dah tersadung baru nak jalan elok2

emirul_skywalker- 10-14-2006

hm..salafiy,wahabiy? man hum? bid'ah ma hiya? bab ni kalu dibincangkan panjang woh..3bulan pun blum tentu abis.. tp ini sekadar kongsila.. salaf- sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in..jd yang pengikut salafiy zaman sekarang ni kira ikut manhaj salaf wahabiy - satu manhaj yang dibawa oleh syiekh abdul wahab, tp kalu ikutkan manhajnya salaf juga..kerana mngikut sunnah 100% dan tab'id bid'ah.. bid'ah - ha yang ni kena bincang dalam thread khas..hehehe.. bid'ah dalam syariah dolal, bi dalil hadis nabi "kul bid'atin dolalah".. yang menyatakan bid'ah ada pembagian tu adalah dr segi bahasa menurut Imam Syafie.. Wallahu'alam.. kalu ade yang salah tlg btulkan la ustaz2 ustazah2 IRK sekalian..

guess_who- 10-16-2006

dalam mencari ilmu ni....kelapangan dada, keikhlasan adalah sgt perlu.....kalau boleh kt belajar, selidiki semuanya dulu.... manhaj mana yg paling dekat dgn rasul itu yg perlu di ikut islam itu mudah.....

Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.