sambungan Menormalkan suhu badan.
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk.
Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga
Menghilangkan parut
Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan
buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah anda
mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api
untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu
api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih
dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat
pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan
kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda.
Lakukan beberapa kali.
Pulihkan bengkak di kaki.
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan
sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau
tangan yang terseliuh
Menghilangkan bau badan
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan,
tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit
kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau
rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini
perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan
kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum
kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk
menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan
merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan
tadi. Cara merendamnya adalah sama seperti kita
merendam kain dengan air sabun biasa, InsyaAllah bau
dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan
bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian
kita.
Menghilangkan bau badan.
Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong
batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat.
Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan
air mandian
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.