View Full Version: Tazkirah Sekadar Renungan

fantastic023 >>Tazkirah skit... >>Tazkirah Sekadar Renungan


<< Prev | Next >>

Halawatul Iman- 10-01-2006
Tazkirah Sekadar Renungan
Sekadar Renungan... cuba tenung-tenungkan segala amalan yang > telah kita kerjakan dalam seharian kita > sebagai hamba Allah dimuka bumi ini..... > Cuba bayangkan diminda kita mengenai satu sifat > semulajadi seorang insan bergelar > manusia iaitu dia akan > mengeluarkan air mata pada situasi yang bermacam-> macam dalam banyak perihal atau keadaannya... > tapi di sini ingin diceritakan di mana > terdapat berjenis2 situasi yang akan > membezakan seseorang itu di sisi Tuhannya... > Maka terdapat berjenis-jenis Air Mata > seperti yang disebut oleh > Ibnu Qayyim -terdapat 10 Jenis Tangisan iaitu: >1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati. >2) Menangis kerana rasa takut. >3) Menangis kerana cinta. >4) Menangis kerana gembira. >5) Menangis kerana menghadapi penderitaan. >6) Menangis kerana terlalu sedih. >7) Menangis kerana terasa hina dan lemah. >8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. >9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. >10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis. > >"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43) >Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab >tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari >mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia >tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah >sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti...kalaulah air mata itu di >tampung banjirlah dunia ini. >Tangisan itu tercela atau terpuji ?? >Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan >memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. > >Ada pula tangisan sangat-sangat! di puji dan di tuntut iaitu tangisan >kerana menginsafi dosa-dosa y ang silam atau tangis kerana takut akan azab >dan siksa Allah. >Tangisan dapat memadamkan api Neraka >"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air >mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila >air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu >kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan >di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan >kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." >Air mata taubat Nabi Adam a.s >Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut >dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atasgunung >dan air matanya mengalir di jurang Serandip. >Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon >bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu >berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung >itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. >Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, >"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada >airmata taubat mu!." >Air mata yang tiada di tuntut >1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang >telah menentukannya. >2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. >Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang >telah Tuhan tetapkan. >3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang >membuat persediaan. >3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita >kurang ! bersedekah buat amalan. >4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki >itu adalah pemberian Tuhan. >Dari itu??.. >Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk >menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala >dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga >sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari >persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan >mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 >dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua. > >Berkata Salman Al Faarisi r.a > Yang membuat aku menangis hanya 3 perkara : >1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-> sahabat. >2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat > malaikat Israil datang > mencabut nyawanya. >3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan > untuk ke syurga atau > neraka. > > Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara iaitu: 1) Apabila dahinya berpeluh. 2) Airmatanya berlinang. 3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. >kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. >(riwayat dari Salman al Faarisi) >Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : >1. "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, >2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, >3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, >4 . Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu." ABUL –LAITHS ASSAMARQANDI BERKATA: "SEPULUH MACAM AMAL YANG DAPAT MENYAMPAIKAN MANUSIA KE TINGKAT ORANG-ORANG BAIK DAN MENDUDUKI DARJAT YANG TINGGI": BANYAK BERSEDEKAH BANYAK MEMBACA AL-QURAN DUDUK BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG SELALU MENGINGATKAN KEPADA AKHIRAT MENGHUBUNGI KAUM KELUARGA MENZIARAHI ORANG SAKIT KURANG PERGAULANNYA DENGAN ORANG-ORANG KAYA YANG LUPA KEPADA AKHIRAT BANYAK BERFIKIR TENTANG BAGAIMANA KEADAANNYA KELAK KURANG BERANGAN-ANGAN DAN BANYAK MENGINGATI MATI BANYAK DIAM DAN SEDIKIT BERKATA-KATA BERTAWADU', DAN MEMAKAI PAKAIAN YANG SEDERHANA, DAN CINTA KEPADA ORANG-ORANG MISKIN, DAN MENDEKATI ANAK-ANAK YATIM DAN MENGUSAP-USAP KEPALA MEREKA". SAIDINA ALI R.A BERKATA: " BUKANNYA YANG BAIK ITU DENGAN MEMBANYAKKAN HARTA DAN ANAKMU, TETAPI YANG BAIK ITU DENGAN MEMBANYANKKAN ILMU DAN MENAMBAHKAN PENYANTUNMU, DAN ENGKAU MEGAHKAN IBADATMU KEPADA ORANG, JIKA ENGKAU TELAH BERBUAT BAIK, PUJILAH ALLAH, DAN JIKA BERBUAT TIDAK BAIK MINTALAH AMPUN KEPADA ALLAH" . ABU HURAIRAH R.A BERKATA, RASULLAH S.A.W. BERSABDA: " ALLAH TAALA BERFIRAMAN; " WAHAI ANAK ADAM, LUANGKAN WAKTUMU UNTUK BERIBADAH KEPADAKU, NESCAYA KU PENUHI HATIMU DENGAN KECUKUPAN DAN KU TUTUPI KEMISKINANMU. JIKA KAMU TIDAK MELAKUKANNYA, MAKA AKU PENUHI HATIMU DENGAN KESIBUKAN DAN AKU TIDAK AKAN MENUTUPI KEMISKINANMU" – (HR AT-TERMIZI & IBN MAJAH).

GengPalembang- 10-01-2006

doa n zikir senjata Muslim...

kekacang gombak- 10-02-2006

muhasabah la...setiap jiwa pasti menangis bila terkenang doa dan noda tapi suma tu kena melalui satu proses pengorbanan yg extreme

GengPalembang- 10-15-2006

insaf2...dh 10 ari terakhir ramadhan nih..

elle- 10-15-2006

lg 7 ari weh..pulun jgn xpulun!!

kekacang gombak- 10-16-2006

manfaatkan dan idupkan la mlm mlm mu...agar diterangi kubur mu nnt... tatkala org lain sedang nyenyak...bgn la kamu menghadap ilahi dan tangisila dosa2 mu..kerana kelak kamu akan menangisi setiap dosa2 jika tidak bertindak dari skrg

Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.