View Full Version: uuii mahalnya..

fantastic023 >>Isu Semasa >>uuii mahalnya..


<< Prev | Next >>

aben_smg- 09-13-2006
uuii mahalnya..
Cadangan Swastakan Kolej Kediaman UIA Bebankan Pelajar Wed | Aug 30, 06 | 03:22:24 PM Oleh Zubaidy Abdullah, Kulliyyah Undang–Undang Ahmad Ibrahim, UIAM, Gombak saudara pengarang Isu penswastaan kolej kediaman atau Mahallah di UIAM memeranjatkan beberapa pihak termasuk mahasiswa. Perkara ini telah memberikan impak yang sangat besar terutama kepada kehidupan mahasiswa kerana dengan penswastaan tersebut, yuran kediaman akan dinaikkan dan ini bakal menekan mahasiswa yang hampir keseluruhannya menetap di kolej kediaman universiti ini. Segalanya juga akan berubah sekiranya cadangan ini menjadi realiti kerana ia di peringkat akhir perbahasan oleh pihak berwajib di universiti yang bertanjakkan 'antarabangsa' itu. Sebagai mewakili mahasiswa, saya tidak bersetuju jika cadangan penswastaan itu dibuat atas alasan kenaikan harga minyak. Di manakah rasionalnya jika faktor kenaikan harga minyak dijadikan hujah paling asas (main basis of argument) untuk melaksanakan penswastaan. Apatah lagi jika cadangan penswastaan kolej kediaman UIA ini dilaksanakan, maka yang bakal menerima tekanan dan beban adalah mahasiswa. Sudahlah beberapa keperluan penting mahasiswa mula tergugat dan tidak terjamin gara–gara kenaikan harga minyak. Faktor ini dijadikan alasan pula untuk pihak pentadbiran meraih keuntungan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kos pengurusan. Cadangan penswastaan ini juga boleh menyusahkan pelajar yang lahir dari keluarga berpendapatan rendah. Malah yang menyedihkan, ada di kalangan mereka yang sanggup mengikat perut demi mengurangkan beban kewangan. Kesan program penswastaan yang telah dilaksanakan di beberapa bahagian di UIA juga didapati tidak memberangsangkan. Sebagai contoh, projek penswastaan perkhidmatan bas di UIA beberapa semester lalu tidak layak dibanggakan. Ini kerana perlaksanaan perkhidmatan itu diakui tidak cekap dan kurang berkualiti. Bas yang ada masih lagi tidak mencukupi untuk membantu gerak kerja berpersatuan mahasiswa selain keadaan dalamannya yang tidak menyenangkan. Sebagai mahasiswa di IPT tempatan ini, kami mempunyai hak untuk bersuara bagi mendapatkan khidmat yang baik dan terjamin melalui yuran kediaman yang berpatutan. Program penswastaan yang membebankan ini perlu dihentikan kerana mahasiswa bukanlah golongan yang mempunyai kerjaya dan pendapatan tetap. Oleh yang demikian, saya mewakili mahasiswa keseluruhannya berharap agar perkara ini diteliti dan dinilai oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga pihak berwajib. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah berangkai yang bakal dihadapi oleh mahasiswa. Kami menaruh harapan besar kepada kementerian terbabit untuk menangani isu yang semakin meruncing ini demi kebajikan kami.

GengPalembang- 09-24-2006

FYI,hostel fees xnaik...xjadi naik coz tinggi sgt! hehe Fees xnaik (STAD dh tmpl notis) misunderstanding aje kate nye. Cover malu..uhuks

khalut- 09-24-2006

alhamdulillah...

IFEELTHEPASSION- 10-03-2006

biar kite abih blajar..pastu nak private,privatelah.. huh!! sungguh selfish!!:)

kekacang gombak- 10-04-2006

xleh gak ifeelthepassion oiii..bdk2 pas kita camner plak?sian kat diorg..mmg diorg ader src tp src buley buat pe?uia nie dah endorsed something br dia open pd suma utk discussion..pe kejadah suma nih?

assie^bugsie- 10-09-2006

ye ifeelthepassion...jangan selfish.sian kat budak junior...kalo jadi kat kita mesti senior2 kita pon kata macam tuh balik kat kita...banyak dah penswastaan dalam UIA yg kita x nampak...silap2 pasni masuk tandas pon bayo...

Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.