View Full Version: Wanita..

fantastic023 >>Karya Linguistik >>Wanita..


<< Prev | Next >>

emirul_skywalker- 10-15-2006
Wanita..
> Tanpa mereka, akal fikiran dan perasaan lelaki akan resah, > Masih mencari walau ada segalanya, > Apa yang tiada dalam syurga? > Namun Adam tetap rindukan Hawa, > Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok, > Untuk diluruskan oleh lelaki, > > Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, > Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus, > Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah, > Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah, > Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya, > > Jangan jinakkan mereka dengan harta, > Kerana dengannya mereka akan liar, > Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, > Nantinya mereka akan derita, > Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal, > Disitulan punca kekuatan dunia, > > Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu, > Hati serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman, > Perasaan selembut sutera, hiasilah ianya dengan akhlak, > Suburkanlah kerana dari situ nantinya....... > Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ilahi, > > Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan, > Ia bukan dikriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih sayang Allah, > Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur, > Dan tidak akan menghiburkan tanpa iman, ilmu, dan akhlak, > Mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok, > Itulah hakikatnya andai wanita tidal mengenal Rabbnya, > > Bila wanita jadi derhaka, pasti dunia lelaki huru-hara, > Lelaki pula jangan mengharap semata-mata, tapi binalah kepimpinan, > Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi.......... > Pimpinlah diri kepadaNya.....jinakkan diri kepada Allah, > Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu, > Jangan mengharap isteri semulia Siti Fatimah, > Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali > > Hati ini milik Allah, diciptakan Allah, hanya untuk menyintai Allah

khalut- 10-16-2006

tersedar di alam nyata

elle- 11-05-2006

lelaki 'payung' pd wanita..

assie^bugsie- 11-22-2006

wanita pun kadang2 tolong payungkan lelaki...

khalut- 12-13-2006

tolong payungkan abah,datuk, adik lelaki......

assie^bugsie- 01-05-2007

hihi..pulak dah! tu pengapit raja sehari pn kene payungkan pengantin...

emirul_skywalker- 09-07-2007

wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah yyang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga.... -impian kasih-

Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.